Tentang Kami

Impian Malaysia mendukung cita-cita 'Malaysia untuk rakyat Malaysia ' - Malaysia untuk semua tanpa mengira gender, umur, bangsa dan agama. Kami percaya bahawa semangat sukarelawan dan penglibatan masyarakat boleh memupuk semangat perpaduan dan kebersamaan di kalangan rakyat Malaysia, dan menanamkan semangat membangun negara terutamanya di kalangan generasi muda.

Generic placeholder image

AIR

Sistem agihan air graviti menyediakan air mengalir kepada masyarakat yang tidak mempunyai bekalan air paip.


Generic placeholder image

AKSES

Kami meningkatkan akses infrastruktur untuk komuniti kampung dengan membaiki dan membina jalan asas (trek jip), jeti dan jambatan.


Generic placeholder image

INFRASTRUKTUR

Kami menambah baik kemudahan yang dikongsi masyarakat dengan membina tandas komuniti bahkan membina Rumah Gawai agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.


Generic placeholder image

TENAGA

Projek hidro mikro akan menjana tenaga elektrik dan membolehkan mereka mempunyai taraf kehidupan yang lebih baik.


Generic placeholder image

PENDIDIKAN

Kem pendidikan, perpustakaan komuniti dan pusat pembelajaran hanyalah sebahagian daripada usaha kami untuk memperkasakan mereka, terutama generasi muda.


Generic placeholder image

KESIHATAN

Kami menganjurkan kem kesihatan di kawasan-kawasan yang tidak mempunyai akses kepada kemudahan asas perubatan dan penjagaan kesihatan.


Generic placeholder image

EKONOMI

Kami menawarkan kemudahan mikro kredit untuk meningkatkan ekonomi mereka dengan melatih mereka memulakan projek perusahaan kampung seperti membuat kraftangan untuk dijual.

Projek-Projek Kami

Projek Terkini

Kami telah menyiapkan 30 projek sejak pelancaran kempen kami pada bulan September 2013. Projek kami dilaksanakan terutamanya di kawasan pedalaman, yang boleh hanya boleh diakses menggunakan 4WD atau bot.

"Klik pada ikon untuk mengetahui lebih lanjut mengenai setiap projek"


Sukarelawan

Inilah masanya untuk bertindak. Jadilah agen perubahan dan sertai gerakan Impian!

Sumbangkan tenaga dan kemahiran anda. Belajar tentang budaya tempatan dan menjadi sebahagian daripada perubahan yang anda ingin lihat di negara kita.

Kesemua dana yang kami kumpul disalurkan secara langsung ke dalam projek-projek. Sukarelawan perlu membayar kos perjalanan sendiri, dan juga bayaran sumbangan yang meliputi pengaturan logistik, insurans, makanan dan tempat tinggal.
Untuk maklumat lanjut, klik di sini.

Daftar Sekarang

Blog & Maklumat Terkini

Semak projek terdahulu dan terkini di blog kami. Untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai projek-projek Impian Malaysia yang akan datang, jangan lupa untuk LIKE halaman Facebook kami. Anda juga boleh melihat video kami di saluran YouTube kami.

Hubungi

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kempen dan projek Impian Malaysia, sila hubungi kami.

MAKLUMAT PERHUBUNGAN